INGIN MENGIRIM ARTIKEL? TAK TAHU NAK LUAH DEKAT MANA? Pihak Belia Usia Bahagian Sandakan berbesar hati jika anda dapat mengirim artikel anda mengenai program-program yang berlangsung di kawasan anda terutama di daerah sandakan (kampung sim-sim, karamunting, kampung air, batu putih, tinosa, merpati, bandar indah, sri taman, kampung gum-gum dan banyak lagi) dan di seluruh malaysia amnya. Kirimkan program-program yang berlangsung di kampung anda. ke e-mail :

beliausiasdk@gmail.com
dan pihak belia usia sandakan akan menyemak dan menyunting artikel anda bagi langkah-langkah keselamatan sebelum di paparkan.


PAPARAN MENARIK MENGGUNAKAN IE V8+ / MOZILLA FIREFOX





Pihak belia usia bahagian sandakan amat berbesar hati jika anda dapat join dalam group facebook belia usia.

ini untuk memudahkan lagi perhubungan ahli dalam memartabatkan syariah dalam DUNIA IT ini.

Search dalan enjin pencarian facebook : belia usia bahagian sandakan


terima kasih.

Thursday, August 5, 2010

Utusan Malaysia

ARKIB : 20/07/2010

Jadikan Rasulullah ikon sepanjang zaman

SANDAKAN 19 Julai - Golongan belia Islam di negeri ini perlu menghindarkan diri daripada terikut dengan budaya negatif artis-artis Barat sebaliknya menjadikan Rasulullah sebagai ikon sepanjang zaman.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, justeru itu perwatakan Rasulullah perlu diikuti setiap masa, tidak terhad ketika sambutan program keislaman semata-mata.

"Dalam keadaan dan kedudukan manapun, Rasullullah menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia.

"Dari sekalian perwatakan Rasulullah yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingan dan harus diikuti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Kembara Cinta Rasul 2010 di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ehsan di sini hari ini.

Turut hadir, Imam Daerah Sandakan Rafaeah Zulqarnain Md. Enarji dan Pengarah Program, Sariwadi Ahmat.

Dalam pada itu Abdul Hakim berkata, golongan belia tidak harus meminggirkan pendidikan agama dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

"Tanpa pendidikan dan kemantapan akidah, kaum belia akan ketinggalan dan tersasar kepada pelbagai elemen negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.

"Jadi kepentingan pendidikan akademik dan agama perlu seimbang bagi membolehkan mereka bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat kelak," katanya.

Sementara itu beliau berkata, usaha membangunkan golongan belia memerlukan komitmen semua pihak tanpa bersandar kepada kerajaan semata-mata.

Justeru katanya, semua persatuan belia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan proaktif melaksanakan pelbagai program yang dapat membina peribadi mulia golongan belia.

Read More......

Penghargaan

ASSALAMUALAIKUM...

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Abdul Hakim Hj Gulam Hassan (Ketua Belia USIA Pusat) atas kesudian hadir dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kembara Cinta Rasul 2010.

Terima kasih dan Penghargaan kepada jemputan-jemputan VIP yang sudi hadir meraikan majlis tersebut : Ybhg. Tuan Hj Awang Japar(Naib Ketua USIA Bahagian Sandakan), : Ybhg. Tuan Hj Dandan Ahmad(Ketua Kampung Tinusa 1), : Tuan Hj Qalbin Ajad(Pengerusi Masjid Hj Sandukong, Tinusa 1..

Sekalung Budi Semerbak Kasih kami ucapkan kepada Penceramah-penceramah jemputan: Al-Fadhil Ustaz Bakhtiar Hj Hud(Mudir Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an Wassunnah sdk), : Al-Fadhil Ustaz Rafaeh @ Zulqarnain Md Enarji Al-Hafiz(Imam Daerah Sandakan), : Al-Fadhil Ustaz Mohamad Sufan Bahrin(Guru Besar Sekolah Agama Islam Negeri(SAN...) Tanjung Papat), : Al-Fadhil Ustaz Rosli Abd Latif(Unit Fardhu Kifayyah Hospital Duchess Of Kent sdk)

Sekalung Budi Seharum Kasturi kami ucapkan kepada Yang Mulia Al-Fadhil al-Ustaz Al-Habib Abd Rahman Al-Attas : Atas kesudian berziarah dan memberikan tausiah yang amat mengguncangkan jiwa...

Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih kepada Penaja-penaja program ini : Ybhg Datin Hjh Aminah Manggussara, : Ybhg Encik Aman Latif, : Ybhg. Puan Asdiana Jaya S, : J/K Masjid As-Syeikh Hasbollah At-Tohiri, : Syt. Putra Jaya Textile sdk.

Penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husaini Hassan (Penasihat Pondok Psantren Nurul Ehsan), Ustazah Mastini bt Ejin (Mudirah Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ehsan, dan kepada semua guru-gurunya dan pelajar atas kerjasama menjayakan program ini.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK BELIA USIA BAHAGIAN SANDAKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI...

SEMOGA USAHA DAN SUMBANGAN TUAN/PUAN MENJADI AMAL JARIAH DI SISI ALLAH SWT.

RIBUAN AMPUN DAN MAAF JUA DIPINTA ATAS SEGALA KEKURANGAN DALAM MAJLIS TERSEBUT...

IKHLAS DARI SAYA

SARIWADI AHMAT
PENGARAH PROGRAM KEMBARA CINTA RASUL 2010

Read More......

Pelancaran dan Persembahan Kembara Cinta Rasul



Read More......

Wednesday, March 10, 2010

ISU DEBAT SYARIAH

Adakah anda pembaca kepada sebuah majalah " i Luv Islam ". Kalau ya... sudahkah anda membaca artikel pada Bil :3 [1-14 Mac 2010] dalam m/s-12 dibawah tajuk Hukum Sebat: Mengapa Ada Teka-Teki. Setelah membaca artikel itu, saya terasa amat terpanggil utk memberi komentar mengenai pandangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu [Sister In Islam(SIS)]- apabila majalah tersebut melaporkan bahawa SIS menentang dan mempertikaikan perlaksanaan hukuman sebatan kepada wanita, kerana ia seperti mendiskriminasikan kaum wanita... Saya merasa amat kesal dengan pernyataan SIS ini... sebuah pertubuhan yg kununnya menempelkan perkataan Islam pada nama pertubuhan mereka, tetapi menentang dan mempertikaikan suatu perkara yg sepatutnya diperjuangkan oleh org Islam atau pertubuhan Islam... kita semua tahu isu sebat yg kita perkatakan adalah SEBAT SYARIAH satu perkara yg berkait rapat dgn Undang-undang Islam... tidak wajar bagi SIS mengeluarkan pandangan sedemikian.... kalau SIS masih berpendirian seperti itu... pada pendapat saya... adalah wajar bagi SIS atau Sister In Islam menggugurkan sahaja perkataan Islam yg ditempelkan pada nama pertubuhan mereka itu... amat tidak relevan perkataan Islam itu ditempel dan digandingkan dengan nama pertubuhan mereka sedangkan mereka tidak berusaha dan cuba memahami syariah Islam... Kalau bukan kita Ummat Islam yang Mendaulatkan Undang-undang Syariah Islam... nak tiunggu siapa... Memetik kata-kata Karam Singh Waliah " Terbakar kampung nampak asapnya, Terbakar hati siapa yang tahu " begitulah rasanya hati saya agaknya...

Read More......

Saturday, March 6, 2010

FORUM HAL EHWAL ISLAM

















Usia Bahagian Sandakan dan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan akan menganjurkan Forum Hal Ehwal Islam pada ketetapan berikut :

Tema : "MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"

Tarikh : 09hb Mac 2010 bersamaan 23 Rabiulawal 1431H
Masa : 9:00am - 12:00pm
Tempat : Dewan Masyarakat Sandakan

Ahli-Ahli Panel :

- Pengerusi Panel : Yhg. Ustaz Haji Rukmana Haji Ansar
(Ahli Majlis Tertinggi Usia Pusat (SABAH)

- Al-Fadhil Ustaz Haji Jamiatul Ikhwan Asngadi
(Pegawai Dakwah Usia Pusat (SABAH)

- Al-Fadhil Ustaz Abd Kahar Abd Rahman
(Pegawai Dakwah Usia Pusat (SABAH)

- Al-Fadhil Ustaz Zulkeflee Abu Bakar
(Pegawai Dakwah Usia Pusat (SABAH)

DIRASMIKAN OLEH :

YBHG. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HJ AMPONG HJ PUYON
TIMBALAN YANG DIPERTUA USIA PUSAT (SABAH)


SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN FORUM TERSEBUT


Read More......

Wednesday, February 10, 2010

SEJARAH USIA


Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun

Yang Dipertua USIA yang pertama

Bapa Kemerdekaan Sabah


LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Menyingkap kembali sejarah perjuangan USIA sejak mula ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah pimpinan Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun, Yang Dipertua USIA yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Salah satu daripada matlamat pembentukkan USIA ialah untuk menambah jumlah umat Islam di negeri ini. Bilangan yang beragama Islam masih rendah berbanding dengan penganut-penganut agama lain dan juga bagi mereka yang tidak beragama (Pagan).

Selain rendahnya jumlah penganut agama Islam, umat Islam juga ketinggalan dari segi pendidikan dan kekurangan pembinaan rumah-rumah ibadat. Orang-orang Islam yang serba kekurangan hanya dapat memulakan usaha untuk membina sekolah-ssekolah agama dan tempat-tempat ibadat atas inisiatif mereka sendiri dangan keperluan yang serba kekurangan.

Perkembangan yang tidak seimbang berlaku di mana penganut agama Islam di Sabah dalam kedudukan yang serba dhaif dan ketinggalan dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan, politik, social dan ekonomi.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya kesedaran dikalangan orang Islam di Sabah terutamanya selepas Negeri Sabah ini mencapai kemerdekaan melalui Pembentukkan Malaysia.


PENGUKUHAN KEDUDUKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia dalam tahun 1963 telah membawa era baru dalam perkembangan Islam di negeri ini.

Perlantikan Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun sebagai Ketua Menteri Sabah telah menaikan semangat dan meniupkan roh dakwah kepada perkembangan Islam di Sabah.

Sebagai pemimpin yang ingin melihat agama Islam dan penganutnya mendapat kedudukn yang sewajarnya di negeri ini. Tun Datu Hj Mustapha telah menjalankan usaha-usaha tersendiri bagi menukar imej Sabah dalam perkembangan dan penyebaran Agama Islam.

Salah satu usaha Tun Datu Hj Mustapha yang terawal dalam kegiatan dakwah ialah menggalakkan kegiatan-kegiatan berbentuk keagamaan dipertingkatkan. Galakan tersebut telah memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin beberapa persatuan Islam, terutamanya dari Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Tawau dan Persatuan Islam Sabah yang telah wujud sebelum ini bersatu dalam persatuan yang lebih besar.

Keinginan menubuhkan Persatua Islam seumpama itu akhirnya tercapai dalam satu kongres masyarakat Islam yang dihadiri oleh masyarakat Islam. Seramai 263 wakil dan pemerhati dari Persatuan Islam diseluruh Sabah menghadiri kongres tersebut yang diadakan selama 3 hari pada 14 sehingga 16 Ogos 1969 bwertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Semua perwakilan yang hadir di Kongres tersebut telah mengambil keputusan sebulat suara bersetuju bersatu dalam satu pertubuhan yang besar. Maka pada 16 Ogos 1969 lahirlah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association yang sebutan ringkasnya USIA dengan rasminya.

Dengan penubuhan USIA di bawah kempimpinan YAB Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun, Sabah telah menyaksikan perubahan besar bukan sahaja dalam sejarah perkembangan Islam malah dalam sejarah politik di negeri itu sendiri.

Gerakan dakwah berjalan lancer dan USIA berjaya mengIslamkan puluhan ribu penduduk negeri ini terutamanya masyarakat suku kaum Kadazan/Dusun, Murut, Rungus dan kaum-kaum lain yang tidak mempunyai pegangan agama.

Hakikat bahawa kegiatan dakwah menjadi faktor yang dominan dalam sejarah Sabah selepas penubuhan USIA tidak dapat dinafikan. Setiap hari ada saja berita-berita kegiatan dakwah yang melibatkan bukan sahaja orang Islam secara perseorangan tetapi juga pemimpin politik dan kerajaan sendiri.

Semua kegiatan ini telah membolehkan tercapainya beberapa kejayaan dalam sejarah perkembangan Islam. Penganut Agama Islam telah dapat ditingkatkan. Peratus umat Islam telah meningkat sebanyak 52% daripada 31%. Dengan peningkatan tersebut telah membolehkan satu badan yang dinamakan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 26 April 1972 dan Agama Islam menjadi agama rasmi di negeri Sabah diiktiraf dengan rasminya pada 23 September 1973.

Dengan tertubuhnya Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk mentadbir umat Islam dan USIA pula meneruskan peranan sebagai Badan Dakwah (NGO) dan aktif.


TUJUAN PENUBUHAN USIA

Di antara tujuan penubuhna USIA yang terdapat dalam Perlembagaan USIA ialah

  • Memelihara kepentingan-kepentingan agam Islam
  • Memelihara kefahaman tauhid kepada Allah di kalangan umat Islam demi membentuk satu budi pekerti dan akhlak yang mulia.
  • Menganjurkan Dakwah Iskamiah kepada segenap masyarakat di Sabah berpandukan Al-Quran Dan Sunnah
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Sabah
  • Menentukan kepentingan-kepentingan dan hak-hak masyarakat Islam di Sabah khasnya dan Malaysia amnya terpelihara dalam mana-mana undang0undang dan amalan.
  • Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan amal jariah kepada orang Islam
  • Menyemaikan perasan persaudaraan, muhibbah dan toleransi dikalangan sesame Islam dan di antar masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio ekonomi orang-orang Islam.


STRATEGI PERANCANGAN JANGKA PANJANG USIA

Akan membawa manusia berfikit secara global.

  1. Islam kepunyaan semua umat manusia
  2. Hormat-menghormati anatara satu sama lain dan
  3. Membangun keamanan, kemakmuran, keadilan, kestabilan yang diperaktikkan dalam semua bidang

a) Politik

b) Pendidikan

c) Ekonomi

d) Sosial dan lain-lain


Tanpa berfikir secara global dan tanpa mempraktikkan keindahan Islam, ia bagaikan emas celupan – apabila hilang celupnya maka hilanglah kualitinya.


[Artikel ini ditulis berdasarkan kertas kerja yang telah dibuat oleh Allahyarham Datuk Hj Awang Sahari Abd Latif, Pengarah Dakwah USIA (Sabah) pada ketika itu.]

Read More......

SEMINAR CINTA RASUL

Belia usia bahagian sandakan sekali lagi akan menganjurkan SEMINAR CINTA RASUL yang bertemakan " MUHAMMAD IKON DUNIA SEPANJANG ZAMAN ".

Sasaran peserta terdiri daripada 19 buah sekolah di daerah sandakan. Matlamat seminar ini bertujuan untuk memperkenalkan kehidupan Rasulullah S.A.W kepada belia dan beliawanis.

Tarikh : 06/03/2010
Tempat : Masjid Daerah Sandakan

Read More......

Thursday, January 28, 2010

PENA : ANALISA MENGENAI "KALIMAH ALLAH"

Penulis terpanggil untuk menganilisa / menganilisis mengenai kebenaran menggunakan "KALIMAH ALLAH" di Sabah atau di malaysia akan datang. Bukan niat penulis nak membangkitkan isu yang sensitif ini. Cuma sekadar untuk pengetahuan umum bahayanya isu ini untuk kanak-kanak dimasa akan datang.


Apa sebenarnya motif kristian untuk menggunakan kalimah Allah disetiap gereja? adakah mereka membuat saja-saja? atau nak melihat sejauh mana kepekaan seorang melayu yang bernaung di bawah naungan Islam (bukan di bawah bayu) mengenai perkara ini.

Sesuatu perkara yang hendak dilakukan tanpa bermotifkan sesuatu, itu namanya sia-sia. Adakah sia-sia pihak kristianis ingin menggunakan kalimah Allah di setiap gereja mereka? pasti jawapannya tidak, mereka dah rancang secara terperinci mengenai perkara ini. Dah lama dah mereka rancang Dan rancangan mereka begitu halus sehinggakan tidak dapat terbayang dalam benak kepala kita bagi mereka yang tidak suka berfikir. Kalaulah ada orang mengatakan "ah biarlah, dia dia. aku aku. yang penting sekarang malaysia aman" sekarang mungkin aman kerana kita masih di pimpin oleh orang Islam, tidak mustahil 25 tahun, 50 tahun, 75 tahun atau 100 tahun akan datang Malaysia sudah di rampas oleh anti-anti islam. Siapa yang ada di masa itu kalau bukan anak-anak dan keturunan kita sekarang?

Mari kita tinjau sejauh mana perjalanan kemudharatan KALIMAH ALLAH ini mengikut kefahaman kanak-kanak.

Dari dulu sampai sekarang, kanak-kanak tahu bahawa Allah itu adalah tuhan kepada orang Islam. Dan yesus itu adalah tuhan kepada orang kristian. Kalau kefahaman Allah ini diserap kepada kanak-kanak, maka ada percanggahan pendapat dan kefahaman dalam benak fikiran kanak-kanak islam dan kanak-kanak dari keluarga kristian (tiada kanak-kanak yang belum akhil baligh beragama kristian, so penulis lebih suka mengatakan dari keluarga kristian).

Bukankah suatu hari nanti, bila kanak-kanak dari keluarga islam ini berjumpa dan berkawan dengan kanak-kanak dari keluarga kristian akan mengelirukan kanak-kanak dari pihak islam ini mengenai cara kehidupan, pemakanan, pakaian dan banyak lagi. Tidak mustahil kanak-kanak dari pihak islam ini akan bertanya kepada ibu bapanya.

"Mak, kenapa kawan alif (dari keluarga kristian) boleh berskirt pendek, berseluar pendek, buat ini dan buat itu. Bukankah tuhan kita dengan tuhan kawan alif itu adalah sama iaitu ALLAH?"

itu kalau dia bertanya, kalau dia tak bertanya tetapi mengikut kefahaman dia sendiri bagaimana? bukankah akan merosakkan aqidah dia? oleh itu, ibu bapa harus peka dengan pendidikan anak-anak dari pra sekolah lagi. Ibu bapa harus mainkan peranan dan pandai memilih pra sekolah mana yang hendak di masukkan anak-anak tersebut.

ramai orang yang penulis lihat, ibu bapa bangga dapat menghantar anak-anak (pra sekolah) ke sekolah yang boleh di katakan 5% sahaja ajaran agama islamnya. bagus kalau 5%, kalau sama sekali tiada? mau jadi apa kanak-kanak itu nanti? dengan pakaian yang berskirt pendek, mungkin bagi ibu bapa, semua tuh belum kira dosa dan pahala. Tapi, bila lagi hendak kanak-kanak itu membiasakan diri? tunggu sehingga mereka sudah berani melawan kata ibu bapa? so, ambillah kesempatan di masa pra sekolah ini untuk mendidik dan membiasakan diri anak2 menutup aurat. Tidak dinafikan juga, dari segi miterialnya, sekolah2 sebegitu nampak mewah, so.. terserlah kemewahan ibu bapa dengan kemewahan sekolah tersebut. Mungkin sekolah yang banyak ilmu agama itu dhaif dari segi meterial. tapi bukan dari ukhwah dan ketauhidan mereka. So, ibu bapa harus berfikir mana yang lebih penting, METERIAL atau ILMU AGAMA?

tidakkah ibu bapa suka melihat anak-anak mereka berpakaian sebegini?

Mari kita renungkan Sabda Nabi Besar Kita Muhammad S.A.W yang bermaksud

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).


** tiada niat nak mempromosikan mana-mana pra sekolah. hanya sekadar berkongsi

Read More......

PENA : SATU (1) ATAU SERIBU (1000)?

SEMALAM (27/01/2010) lebih kurang pukul 7:00 malam, penulis ada menyinggah di Masjid Nursyakirin Bandar Indah Batu 4 Sandakan untuk bersolat maghrib. Kerana terlewat waktu dan mengejar waktu maghrib sebelum masuk waktu isyak.

Penulis tidak tahu sebenarnya Masjid Nursyakirin ada menganjurkan ceramah selepas solat maghrib. Kalau tahu awal-awal boleh pergi awal. Bukan kerana tidak tahu awal ada ceramah, penulis pergi solat maghrib lewat. Tapi memang ada hal mustahak yang sengaja atau tak. Wallahu Alam.

Sesampai di masjid, penulis terus masuk tandas untuk membuang apa yang patut. Sambil membuang, sambil memasang telinga mendengar ceramah. Penulis terfikir-fikir, siapakah agaknya penceramah yang menarik hati membuka telinga ini? Nak katakan salah seorang ustaz yang penulis gemari. Lain pula suaranya. Mungkin juga kerana pembesar suara tak seberapa jelas? Namun, penulis tetap juga menyatakan dalam hati, yang ustaz yang berceramah ini adalah salah seorang ustaz yang penulis gemari. Dia ialah Al-Fadil Ustaz Bakhtiar Hud bekas pelajar University Al-Azhar.

Namun, bukan ini sebenarnya penulis nak bercerita. Penulis sebenarnya tertarik dengan sepatah kata ustaz iaitu :

"Untuk menegakkan Hukum Allah di muka bumi ini bukan susah. Ada segelintir orang menyatakan, bila pencuri harus dipotong tangannya. Hukum Allah bukan terus menghukum tanpa bukti yang kukuh. sekiranya orang yang kena hukum itu bertaubat, dapat membayar ganti rugi barang yang dicurinya dan tidak lagi akan mengulangi perbuatannya lagi. Maka orang itu akan bebas"

Katanya lagi.

"Pencuri yang dipotong tangannya itu akan menyelamatkan Beribu-Ribu orang lain hanya kerana seorang pencuri"

hanya itu sahaja sempat penulis tangkap kerana sesi soal jawab di buka. Kalau dapat pergi awal, mungkin panjang sikit nak tulis. :)

lantas teringat pula kata-kata Imam Rawatib Masjid Daerah Sandakan Imam Sariwadi Bin Ahmat sebelum menjadi imam. Beliau berkata dengan penulis dan adalah 2, 3 orang lain pada masa lalu seperti ini.

"Pepatah orang Cina mengatakan, kalau dalam kelompok itu ada sepuluh (10) orang. Satu (1) darinya adalah jahat, maka wajib membunuh yang seorang itu untuk menyelamatkan Sembilan (9) orang dalam kelompok itu."

Kesimpulannya disini ialah. Jangan biarkan seorang itu merosakkan yang ramai itu. Fikir-Fikirkanlah.

***Penulis tak dapat bagi gambar Ustaz Baktiar Hud kerana penulis tak terfikir nak tulis dalam blog.

Read More......

Wednesday, January 27, 2010

Minta Maaf Tidak Cukup, Aduka Taruna Perlu Disiasat Polis dan Jakim

Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk “Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan;

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”


Credit to syukran wordpress

Read More......

Monday, January 25, 2010

Penulis blog hina Sultan Iskandar disiasat

JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya menerima 25 laporan di seluruh negeri terhadap penulis blog berkenaan.

"Kita sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan.

"Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengutuk sekeras-kerasnya sikap tidak bertanggungjawab penulis blog terbabit yang secara terang-terangan menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor.

"Sebarang bentuk provokasi termasuk dalam bentuk tulisan blog dengan tujuan menghina Institusi Kesultanan Diraja Melayu harus ditangani segera. Sikap biadap terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, Pemuda Umno Johor mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon, berkata beliau dimaklumkan mengenai kata-kata berunsur penghinaan dan penderhakaan terhadap baginda oleh penulis blog dikenali sebagai Aduka Taruna, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.

Beliau berkata, melalui laman blog www.adukataruna.blogspot.com, penulis itu menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor dan kerajaan negeri yang disifatkannya bodoh.

Katanya, walaupun penulis blog itu sudah meminta maaf kepada istana serta seluruh rakyat Johor menerusi blognya, Pemuda Umno Johor masih kesal dengan tindakan penulis itu yang mencerca Almarhum.

Kredit : berita harian

Read More......

Sunday, January 24, 2010

Keunggulan Cinta Rasulullah S.a.w

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj 'Hubb' atau cinta dan kasih-sayang.

Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu 'Amru ibnu al 'As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as: Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, "Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad - sememangnya Allah lebih Mengetahui - tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis." Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, "Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: "Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasullulah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: "Kecelakaan ke atas kamu." Rasululah SAW bersabda: "Dan ke atasmu juga." Lalu Aisyah mencelah: "Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian." Rasulullah bersabda: "Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar."Aisyah berkata: "Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?" Rasulullah SAW bersabda: "Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan." Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra'uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: "Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat." Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: "Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, "Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku." Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, "Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku."

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Read More......

Istiqamah dalam menghambakan diri

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA

NEGERI SEMBILAN

ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: “Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.

“Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.”

Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.

Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.

Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim Ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”

Begitu juga Fudhail Ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman :

Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56).

Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman:

Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.

Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Read More......

Friday, January 22, 2010

FaceBook: ANDA PENENTU HALAL HARAMNYA


Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

Ø£َÙ†َّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَÙ‰ Ø·َعَامًا من ÙŠَÙ‡ُودِÙŠٍّ إلى Ø£َجَÙ„ٍ ÙˆَرَÙ‡َÙ†َÙ‡ُ دِرْعًا من Ø­َدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..


Credit : Harakahdaily

Sumber :

1- http://www.facebook.com/facebook?ref=pf#/press/releases.php?p=133917

2- http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com

3- http://www.zaharuddin.net

4- http://saifulislam.com/?p=6714

Read More......

Thursday, January 21, 2010

Fikrah Gerakan

TARBIAH SATU KEPERLUAN HARAKAH

Mukaddimah

Umat Islam di jajah begitu lama , kekayaan bumi di punggah dan agama di pesongkan . Mereka di perintah berdasarkan agama penjajah . Agama dan plitik di pisahkan . Agama dianggap berkaitan ibadah sahaja atau hubungan dengan Allah semata mata . Penjajah keluar semenara dasar mereka di sambung oleh penganti dan suku sakat yang sealiran dengan mereka .

Apabila umat Islam mencapai kemerdekaan maka bangkitlah para ulama’ fuqaha’ dan guru guru agama mengajak umat Islam menghayati ajaran agama yang sebenarnya.

” Bahawasanya agama di sisi Allah hanyalah Islam ” surah Al Imran : 19 .

” Dan sesiapa yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup maka tuhan tidak akan menerima dan di akhirat nanti daripada orang orang yang rugi ;” Ali Imran : 85 .

Mereka mengajak umat Islam bersatu dalam satu jamaah , kumpuln atau parti ( PAS 1951 ). PAS bukan lah sebuah parti politikyang hanya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan danbergerak cergas di dalam siasah semata mata tetapi di natara usaha nya yang utama ialah ta’lim dan tarbiyah .

Oleh yang demkikian ta’ lim dan tarbiyah menjadi salah satu daripada program yang pertama dan utama di dalam perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS .

BENTUK TA’LIM DAN TARBIYAH :

1. Tarbiyah nizamiah ( formal ) melalui pondok pondok ,sekolah sekolah agama , pasti dll .
2. Tidak Nizamiah ( tidak formal ) seperti kuliah di masjid , usrah , qiamullail , rehlah dll .

Tujuan tarbiyah dalam harakah Islamiyah ialah untuk membentuk jiwa , mental dan jasmani untuk melahirkan seorang jundi bagi hizbullah .

Sifat sifat jundi .
bertakwa kepada allah .
beriltizam kepada jemaah .
berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin .
memilikki akidah yang soheh .
ibadah yang sempurna .
memahami syariat islam dan sirah Rasul saw dan sahabat baginda ,.
muamalah nya mestilah betul .
menghayati islam sepenuhnya .

SASARAN TARBIYAH

Semua orang islam menjadi sasaran dakwah tetapi anggota jamaah adalah menjadi sasaran tarbiyah yang utama mengikut tahap:

kepimpinan
Ahli ahli
anggota masyarakat .

Kesimpulan

Bahawa tarbiyah adalah satu satu nya proses pembentukan muslim yang mesti ujud di dalam mana mana harakah islamiyah yang mahu menjadikan ‘ baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur ‘.

USLUB DAKWAH

Mukaddimah :

Uslaub dakwah di perlukan bagi menjamin seseorang pendakwah tidak menyeleweng dari landasan penafsiran . Ianya mestilah bermula dari Al Quran yang telah di jamin kebenaran nya oleh Allah swt .

Uslub dakwah menurut al Quran .

Allah memerintah manusia berdakwah kejalan nya . Maksud ayat Surah An Nahl :125 .

“ Serulah kejalan Tuhan mu ( wahai Muhamad ) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas lah dengan mereka dengan cara yang lebih baik . “

Ayat di atas menunjukkan perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah , Tuhan yang mencipta mereka .

Uslub bermaksud teknik teknik yang boleh di guna bagi mencapai sesuatu matlamat . Antaranya ialah :

Hikmah .
Nasihat nasihat yang baik .
Bertukar tukar fikiran dengan cara yang lebih baik .

1. Uslub Hikmah :
Berkaitan Sifat :
- Pendakwah hendaklah bersifat menurut sifat sifat nabi saw seperti benar , amanah , tidak lekasmarah , sabar dan puas pengalaman .

Isi kandungan dakwah :
- bersumber dari Al Quran dan penerangan nya hendaklah menepati kebenaran serta dalil yang kuat dan tepat .

Alat dan strategi :
- segala alat dan strategi yang di gunakan hendaklah betul dan sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan dalam jemaah .

2. Nasihat yang Baik :

Nasihat yang baik adalah pesanan dan ingatan dengan apa yang di sukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya .

Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur , antara kebaikan dan kejahatan , antara taat dan maksiat , halal dan haram .Maksud firman Allah swt. ” Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu ( contoh kejadian kejadian berdasarkan ) peraturan peraturan Allah yang tetap , oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi ., kemudian perhatikan lah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan Rasul ” .Surah Ali Imran ayat : 137 .

3. Berbincang dengan cara yang baik .

Menggunakan kata kata yang lemah lembut dan jauhi perkataan serta perlakuan yang kasar .

Maksud ayat : ” Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik , kecuali orang orang yang berlaku zalim di antara mereka .dan katakanlah kepada mereka (kami beriman kepada Al Quran yang di turunkan kepada kami dan kepada ( Turat dan Injil ) yang di tutunkan kepada kamu .dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah satu dan kepada Nya lah kami patuh dengan brserah diri . Surah Al Ankabut : 46 .

Maksud ayat : ” Pergilah kamu berdua kepada Firaun , sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran nya kemudian hendaklah kamu berkata kepada nya dengan kata kata yang lemah lembut .semoga ia beringat atau takut . Surah Taha : 43-44 .

Para da’i perlu lah membuat persiapan dari segi hujah , latihan , teknik berbincang yang baik supaya lahir seorang da’i yang berkarisma tinggi dalam berdiskusi .

Penutup

Sekiranya segala cara telah di lakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’i tidak seharusnya di hantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah Allah .Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhdap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak Allah swt .

Halangan dan rintangan dalam perjuangan .

Mukaddimah :

Gerakan islam kebelakangan ini menghadapi berbagai bagai rintangan dan halangan . Umat islam di Algeria , Tunisia , Mesir , Palestin , dandi meratatempat di pelusok dunia di tekan hebat oleh musuh musuh islam yang di dalangi oleh kuasa kuasa besar dunia dan kuncu kuncu nya .Ini merupakan satu sunnah dan kita sebagai pejuang islam perlu lah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini .

1. Halangan halangan terhadap kerja dakwah .

- Tiada ketahanan jiwa :
- Kehidupan masyarakat yang menyimpang dari ajaran islam .( jahiliyyah moden )

Sekiranya pendakwah tidak mempunyai akidah yang teguh , budi yang luhur dan kesuugguhan yang kental sudah pasti mereka juga mendapatjangkitan penyakitpenyakit jahiliyyah moden yang sedang merebak ke dalam masyarakat Islam .

Halangan secara langsung terhadap pendakwah :

1. WANITA : Nikmat atau sumber yang boleh membawa padah .

Prinsip utama perkahwinan ;

niat yang baik – menyempurnakan agama .

” Daripada Anas bin Malik r.a telah bersabda Rasul saw ” Barangsiapa yng di kurniakan oleh Allah’ swt seorang permpuan yang soleh , maka sesungguhnya ia telah menolongnmya menyempurnakan separuh dari agama nya . Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh lagi .” Riwayat At Tabrani

2. Pemilihan yang baik .
Rasul saw telah menjelaskan bahawa terdapat empat perkara yang dijadikan asas pemilihan pasangan iaitu agama ,
keturunan ,kecantikan dan kekayaan . Pemilihan di atas dasar agama mesti diberikan keutamaan .

3.Peribadi suami sebagai asas .
Islam mengingatkan para suami supaya jangan terlalu mengikut kemahuan isteri dan hendaklah menyelesaikan kehidupan rumah tangga dengan bijak mengikut neraca Islam . Saidina Umar r.a pernah berkata ’ Lawan lah kemahuan wanita itu kerana pada demikian itu ada berkatnya . ’

2. KEDUNIAAN .

1.Islam menjelaskan bahawakedudukan dunia itu jika di bandingkan dengan akhirat adalah sangat kerdil .

” Katakan lah ( wahai Muhamad ) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja dan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang orang yang bertakwa .” Surah An Nisa : 77 .

2. Tidak menjadi kan dunia sebagai punca persaingan antara :

” ……demi Allah aku tidak takut kefakiran itu menimpa kamu semua tetapi aku amat takut apabila dunia di hampar di hadapan kamu …. ’ maksud hadis ( yang panjang ) di riwayatkan daripada Umar bin Auf .

3. TEKANAN DARI GERAKAN LAIN .
Gerakan yang bertyopengkan Islam yang hanya mengkritik dan menimbulkan keraguan kepada pendakwah ( Islam Hadhari )

Kesimpulan :

Demikianlah secara ringkasnya halangan di dalam peruangan dakwah semoga ia menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikan nya sebagai sempadan serta brwaspada terhadap cabaran cabaran itu .

Read More......

Wednesday, January 20, 2010

Istiqamah dalam menghambakan diri

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: “Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.

“Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.”

Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.

Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.

Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”

Begitu juga Fudhail ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman :

Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.

Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Read More......

Sunday, January 17, 2010

Menanti "Solahuddin al-Ayyubi" kedua

Difailkan di bawah: Aman Palestin, Semasa, Sirah — Abu Balqis @ 2:59 am

saladin-poster

SEJARAH sering kali berulang kerana sejarah tidak pernah berbohong. Cuma manusia yang selalu alpa.

Sejarah bukan untuk dibukukan dan disimpan dalam arkib atau sekadar di catat dan diulang sebut tanpa dihayati dan dijadikan iktibar serta panduan dalam kehidupan.

Tamadun yang cemerlang kerana khalifah dan umara yang berkuasa banyak belajar dengan mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah.

Manusia yang berjaya lazimnya adalah yang mengkaji, belajar meneliti dan sentiasa ingat akan sejarah yang mencorak hidupnya.

Tetapi paling malang jika manusia buta sejarah. Buta sejarah bangsa keturunan dan asal usul boleh dimaafkan, kerana asal insan dari satu iaitu Adam dan Hawa yang Allah ciptakan dari tanah.

Tetapi jika buta sejarah agama kepercayaan, akidah anutan dan perjuangan Rasulullah SAW serta khalifah terdahulu, tidak akan ada maafnya.

Kerana itulah yang paling merugikan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Namun itulah yang banyak berlaku kini.

Islam hanya satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-’Imran: 85).

Namun sejarah agama dan akidah yang digaris al-Quran serta al-Sunnah semakin jauh dari umat muslim. Maka itulah nilai iman terhakis dan wujud masalah dengan musibah silih berganti.

_54118_saladin_picKedajalan zionis Yahudi Israel adalah ulangan sejarah manusia nafsu syaitan yang buas, ganas dan kejam ke atas sesama insan bergelar Islam. Palestin terus bermandi darah oleh kedayusan tentera rejim zionis Yahudi Israel di bumi Palestin yang dijajah sekarang.

Jika kekejaman zionis Kristian Eropah di bumi ambia itu dapat dihapus dan dinyah oleh tokoh pejuang terbilang Islam tahun 1192, Solahuddin al-Ayyubi, apakah ada Solahuddin kedua abad ini akan muncul menghancurkan zionis Yahudi Israel yang gila darah dan sedang bermaharajalela di bumi Palestin sekarang?

Islam kini benar-benar memerlukan Solahuddin era moden untuk menyatukan ummah dan mengembalikan nilai iman serta membetulkan akidah bagi menyelamatkan Palestin dan membebaskan Al-Aqsa serta Baitul Maqdis dari penjajahan rejim Yahudi Israel.

Roh, semangat dan jiwa Solahuddin diperlukan oleh Muslim agar Islam kembali mengetuai urusan dunia agar dihormat dan ditakuti golongan kafir dan puak kufar yang bernafsu dan bertuhankan syaitan.

Sejarah kehebatan Solahuddin adalah jelmaan dari ketokohan khalifah terulung Islam di zaman Nabi dan para sahabat, Saidina Umar al-Khattab.

Kebijaksanaan dan pandangan jauh Solahuddin dalam membina semula daulah Islamiah selepas jatuhnya keagungan tamadun Islam belum ada tandingan hingga kini.

Kehebatannya menyusun strategi sama ada dalam peperangan mahu pun ketika mengurus tadbir pemerintahan dan penyatuan ummah terus jadi sejarah.

Namun keberanian dalam perjuangan, ketokohan memimpin dan kewarakan dalam melaksanakan tuntutan beragama Solahuddin tidak ditonjolkan kepada khalayak.

Solahuddin al-Ayyubi adalah nama gelaran. Nama sebenar dan nasab keturunannya ialah Solahuddin bin Najmuddin Ayub bin Syazi bin Marwan al-Kurdi.

Berasal dari puak Kurdis dari kabilah paling besar dan sangat mulia serta tinggi keimanan iaitu Rawadiyah, dari golongan al-Hazyaniah yang menetap di Duwain bersempadankan Wilayah Azerbaijan.

Dilahirkan di Tikrit, Baghdad tahun 1137 (532 Hijrah), Solahuddin yang bapanya pernah memerintah kota itu sebelum dihalau ketika dia masih kecil oleh Raja Baghdad, Sultan Majuhid Bahruz adalah pejuang dan mujahid sejati era pasca moden.

Berhijrah ke Mosul

Berhijrah ke Mosul bersama bapanya, Najmuddin Ayub, keluarganya disambut baik oleh pemerintah di situ, Imaduddin Zinki kerana jasa bapanya sewaktu memerintah Kota Baghdad.

Sejarah tokoh dan panglima terbilang selepas malapnya tamaddun Islam itu bagaimanapun tidak diuar-uarkan oleh dunia dan umat Islam sendiri.

Sebagai tokoh, pejuang, mujahid dan khalifah paling hampir kepada ummah kini, roh dan semangat Solahuddin penting untuk ditiup ke sanubari Muslim kini.

Terutama ketika rejim Yahudi Israel sedang bermaharajalela mengganas dengan membunuh serta mengusir rakyat Palestin sesuka hati sejak tahun 1948 hingga hari ini dengan bangsa Arab yang berpecah belah.

Solahuddin kedua diperlukan bagi menyatukan bangsa Arab yang berpecah dan berpuak untuk bersekongkol dengan puak kafir kini. Golongan kufar Kristian sememangnya ngeri dengan nama dan bayangan Solahuddin Al-Ayyubi.

Perang Salib yang berlarutan hampir 200 tahun (1096-1192) akan terus menghantui kuasa penjajah zionis Kristian Eropah. Sebab itulah ketokohan Solahuddin tidak dikaji dan dikembangkan oleh sarjana orientalis barat.

Malangnya, umat Islam juga turut ‘menyembunyikan’ kepahlawanan tokoh terbilang awal abad moden itu daripada generasi kini.

Menyatupadukan ummah (Arab) dan menegakkan Islam serta mengembalikan hak Muslim ke atas Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada penaklukan zionis Kristian Eropah adalah misi dan hasil perjuangan tinggalan Solahuddin yang hanya ada dalam lipatan sejarah Islam.

Menyedari besar dan agungnya ketokohan serta sumbangan Solahuddin dalam menyatu ummah dan menegakkan Islam serta kewarakannya, Aman Palestin Malaysia (APM) tampil menyelusuri jejak-jejak perjuangannya untuk didedah kepada umum.

Dengan matlamat membangkitkan semangat Solahuddin al-Ayyubi ke jiwa generasi muda Muslim negara ini dan dunia Islam seluruhnya, APM merealisasikan usha itu melalui program Rehlah Jejak Solahuddin pada 2 hingga 11 Disember lalu.

“Kami menyahut cabaran selepas salah seorang pejuang Palestin di Jordan, Sheikh Abu Habib, menyuarakan gagasan itu dua tahun lalu.

“APM terpanggil bagi merealisasikan idea itu selepas tiada pihak tampil menyambut gagasan beliau,” kata Ahli Lembaga Pengarah APM yang berpusat di Shah Alam, Selangor, Hashimah Saleh.

Menurut beliau, APM mengambil risiko kerana pentingnya ada ikon Islam tulen paling hampir dengan generasi zaman ini untuk dijadikan idola dalam perjuangan Muslim sekarang.

Hashimah antara tunggak utama APM dalam menyingkap sejarah perjuangan Solahuddin untuk didedahkan kepada umat Muslim.

Menjejaki tinggalan kubu-kubu kota tinggalan perjuangan Solahuddin dan tenteranya melalui Rehlah Jejak Salahuddin berlangsung ketika kemuncak ‘jihad’ dalam ibadah Haji musim 1429.

Semangat pengorbanan

Mengambil semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta ketabahan jiwa rakyat Palestin menghadapi penyiksaan rejim zionis Yahudi Israel, 13 peserta di mana lapan adalah wanita diketuai Mohd. Nadzmaimi Mohd. Nadzir, selaku Pengarah program tersebut.

Perjalanan 10 hari meninggalkan keluarga dan kemeriahan Hari Raya korban di tanah air, melalui perjalanan hingga melewati 24 jam sehari untuk pergi dan balik ke satu-satu lokasi tinggalan Solahuddin merentasi gurun dan laluan bergunung ganang ke pendalaman Jordan dan Syria di jalan berliku yang sempit bukan perkara mudah.

Sedangkan muncung M-16, pelancar roket dan mortar di kubu kawalan yang sedia di petik picusaladin ada di mana-mana dengan kelibat kereta kebal berkeliaran terutama di kawasan bersempadankan Palestin dan sekitar Beirut.

Adakalanya pula, makan dan minum perlu ‘diqada dan jamak’ sebagaimana amalan ibadah solat ketika bermusafir.

“Alhamdulillah usaha terlaksana, selepas beberapa kali tertangguh kerana melibatkan soal keselamatan selain wang ringgit dan komitmen serta sokongan telus mereka yang benar-benar prihatin,” kata Hashimah.

Menyelusuri jejak perjuangan Solahuddin perlu menjelajah seluruh kawasan bersempadankan Palestin di Jordan, Syria dan Lubnan.

Ketiga-tiga negara ini adalah laluan utama dan benteng strategik tentera Solahuddin ketika menyerang dan menawan penjajahan tentera Salib untuk mengembalikan keadilan dan hak Islam ke atas Aqsa serta Baitul Maqdis..

Di Jordan sahaja terdapat tidak kurang 40 buah kubu kota (qol’ah) yang dibina semula oleh Solahuddin selepas menawannya daripada tentera Salib, di samping membina banyak lagi kubu-kubu pertahanan baru bagi mengukuhkan kekuatan Islam.

Kubu kota di banjaran pergunungan atas puncak bukit di pendalaman daerah Lattakia, Syria, di mana puncak bukit batu granit setinggi menara berkembar Petronas di belah untuk membina jalan oleh pemerintahan Bizantin era empayar Rom yang dijajah tentera Salib, turut di tawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin.

Kubu di pergunungan Lattakia adalah kota pertahanan terbesar (lima hektar) dalam sejarah pembinaan kubu-kubu pertahanan era tamadun Rom yang berjaya ‘diislamkan’ oleh Solahuddin, di samping kubu kota Karak di utara Jordan yang menghadap Laut Mati dan menjadi benteng paling hadapan untuk menawan semula Al-Aqsa dan Baitul Maqadis dari penjajahan zionis Kristian.

Bukti ketinggian iman

Sebuah masjid serba lengkap dibina oleh Solahuddin di setiap kubu kota yang diduduki dan dibinanya semula adalah bukti ketinggian iman serta kewarakan beliau dalam perjuangannya.

Kehebatan seni bina kubu-kubu yang turut dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perniagaan dan penjara itu utuh hingga kini dan tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana seni bina era moden.

Semua kubu yang ditawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin berada di kawasan strategi, atas bukit di banjaran pergunungan jauh ke pendalaman dan menghadap ke arah kiblat pertama Islam, Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Ini kerana misi perjuangan Solahuddin semata-mata untuk membebas dan mengembalikan hak Al-Aqsa dan tanah haram Baitul Maqdis kepada pemilik mutlak, Islam.

Tentera kaum Arab dari pelbagai suku puak bangsa dan warna kulit bergabung atas kerja keras Solahuddin menyatukan mereka yang berpecah belah, bermula tahun 569 Hijrah (1173 Masihi), iaitu setelah lima tahun dia dilantik memimpin Mesir.

Mereka berjihad melalui semangat Solahuddin dan berpegang pada firman Allah SWT dalam mafhum-Nya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan besar (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Anfaal: 41).

Bertahun-tahun Solahuddin berusaha menyatukan wilayah-wilayah Islam Arab yang berpecah ketika itu, bagi memerangi penjajahan zionis Kristian dalam tiga Perang Salib sebelum dapat mengembalikan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis ke pangkuan Islam.

Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat Muslim Palestin, bagai ’singa lapar’ Solahuddin dan tenteranya bangkit menamatkan kedajalan zionis Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H – 1192/588H), pada tahun 1192.

Ribuan tentera Salib diketuai raja-raja Eropah ketika itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Solahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah (1192 Masehi).

Namun kejayaan perjuangan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan al-sunnah serta apa yang menjadi amalan Rasulullah SAW tidak terus dinobatkan.

Hingga akhirnya rejim zionis Yahudi Israel pula bertindak menjajah bumi Palestin dengan membunuh serta mengusir Muslim bermula tahun 1948 hingga hari ini.

“Diharap jihad kecil AMP bagi mendedahkan perjuangan tentera Solahuddin menyelamatkan Palestin, Aqsa dan Islam ini akan menghidupkan semula roh serta semangat Solahuddin Al-Ayyubi di sanubari umat Muslim.

“Ia bagi mengembalikan semula hak Islam ke atas Aqsa dan Baitul Maqdis dari penjajahan zionis Yahudi Israel pula,” kata Mohd. Nadzmaimi.

Menurutnya, semangat perjuangan yang tidak pernah kenal penat dan putus asa Solahuddin dalam jihad mempertahankan Islam inilah yang mahu dipupuk oleh APM ke jiwa setiap Muslim hari ini.


Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
(peserta misi menjejaki perjuangan Solahuddin Al-Ayyubi Aman Palestin Malaysia di Asia Barat)

Read More......

Thursday, January 14, 2010

Pulangkan wang RM70,192

NEW YORK – Seorang pemandu teksi rakyat Bangladesh di New York, Mohammad Mukal Asadujjaman menyatakan dia memulangkan sebuah dompet yang mengandungi wang tunai lebih AS$21,000 (RM70,192) dan barang kemas kerana ibunya kerap menasihatkan dia supaya selalu berlaku jujur.

Mohammad menyatakan demikian selepas dia memulangkan sebuah dompet mengandungi wang tunai dan barang kemas yang ditemui dalam teksinya kepada sekumpulan pelancong Itali.

Salah seorang pelancong itu, Felicia Lettieri berumur 72 tahun tertinggal dompet tersebut yang mengandungi wang, barang kemas dan pasport rakan-rakannya pada Krismas lalu.

Kakak Lettieri, 72, dari Long Island memberitahu bahawa pemandu teksi itu menyelamatkan percutian mereka dan berkata: “Kami amat menyukai apa yang telah dilakukannya.”

Mohammad melihat wang kertas euro dalam dompet itu selepas dia membukanya untuk mengambil alamat tempat tinggal pelancong tersebut.

“Ibu saya ialah sumber inspirasi saya. Dia (ibunya) menyatakan selalu berlaku jujur dan bekerja keras,” katanya.

Mohammad menghubungi seorang rakannya dan memandu sebuah kereta sejauh 80 kilometer menuju ke alamat yang ditemui di dalam dompet tersebut.

Namun, mereka mendapati tidak ada sesiapa pun berada di rumah itu.

Mohammad kemudian meninggalkan nombor telefonnya dan sekeping nota.

Telefon bimbit pemandu teksi itu kemudian berbunyi dan dia kembali ke rumah tersebut untuk memulangkan dompet berkenaan.

“Mereka berasa cukup gembira,” kata Mohammad.

Dia merupakan imigran dan pelajar sebuah kolej sepenuh masa dekat apartmennya di Queens.

Mohammad mula memandu teksi beberapa hari dalam seminggu kira-kira tiga bulan lalu.

Pemandu teksi itu mengakui bahawa wang itu boleh membiayai pengajiannya tetapi berkata: “Hati saya menyatakan ia (mengambil wang itu) tidak baik.”

Mohammad turut enggan menerima sebarang ganjaran dengan menyatakan dia bukannya tamak. – AP

P/S : Contoh yang baik di negara bukan islam.

Read More......

Saturday, January 9, 2010

SEMINAR BELIA USIA 2010

"PERANAN BELIA MEMPERKASA UMMAH"

ANJURAN
BELIA USIA BAHAGIAN SANDAKAN

DIRASMIKAN OLEH
YBHG. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HJ AMPONG HJ PUYON
TIMBALAN YANG DIPERTUA USIA SABAH

PADA
09 JANUARI 2010 (HARI SABTU)

MASA
JAM 07.00 PAGI - 12 TENGAH HARI

TEMPAT
MASJID DAERAH SANDAKAN

UCAPAN PERASMIAN OLEH TIMBALAN YANG DIPERTUA USIA PUSAT

"BELIA MENJADI HARAPAN NEGARA. TANPA BELIA YANG BAIK. NEGARA AKAN SUSAH"

UCAPAN RINGKAS KETUA BELIA USIA PUSAT

"JANGAN MENDEKATI PERKARA-PERKARA YANG TIDAK SIHAT. DENGAN PENDEKATAN SEPERTI INI AKAN MENJAUHKAN DIRI DARI PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERMORAL"

UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA USIA BAHAGIAN SANDAKAN

"INILAH PROGRAM USIA YANG PERTAMA DI TAHUN 2010"

katanya lagi.

"MENGHARAP AGAR SEMINAR SEUMPAMA INI BUKAN HANYA PADA AWAL TAHUN DAN HUJUNG TAHUN SEDANGKAN PERTENGAHAN TAHUN KOSONG TIDAK BERISI"

USTAZ ABD KAHAR ABD RAHMAN
(PENCERAMAH JEMPUTAN MERANGKAP PEGAWAI DAKWAH USIA PUSAT)

USTAZ MOHAMAD SUFAN BAHRIN
(PENCERAMAH 2 MERANGKAP AJK BELIA USIA BAHAGIAN SANDAKAN)

DARI KIRI :
EN. ABDUL HAKIM HJ GHULAM HASSAN
(KETUA BELIA USIA PUSAT, KOTA KINABALU)
HJ. PG BIDIN HJ. PG TIMBANG
(SETIAUSAHA USIA BAHAGIAN SANDAKAN)
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HJ AMPONG HJ PUYON
(TIMBALAN YANG DIPERTUA USIA SABAH)
JUMAIN HJ MOHD AMIN
(PEGAWAI KHAS KETUA BELIA PUSAT (SABAH)
USTAZ RUKMANA HJ ANSHAR
(TIMBALAN KETUA USIA BAHAGIAN SANDAKAN)

GAMBAR PESERTA 1

GAMBAR PESERTA

Read More......