INGIN MENGIRIM ARTIKEL? TAK TAHU NAK LUAH DEKAT MANA? Pihak Belia Usia Bahagian Sandakan berbesar hati jika anda dapat mengirim artikel anda mengenai program-program yang berlangsung di kawasan anda terutama di daerah sandakan (kampung sim-sim, karamunting, kampung air, batu putih, tinosa, merpati, bandar indah, sri taman, kampung gum-gum dan banyak lagi) dan di seluruh malaysia amnya. Kirimkan program-program yang berlangsung di kampung anda. ke e-mail :

beliausiasdk@gmail.com
dan pihak belia usia sandakan akan menyemak dan menyunting artikel anda bagi langkah-langkah keselamatan sebelum di paparkan.


PAPARAN MENARIK MENGGUNAKAN IE V8+ / MOZILLA FIREFOX





Pihak belia usia bahagian sandakan amat berbesar hati jika anda dapat join dalam group facebook belia usia.

ini untuk memudahkan lagi perhubungan ahli dalam memartabatkan syariah dalam DUNIA IT ini.

Search dalan enjin pencarian facebook : belia usia bahagian sandakan


terima kasih.

Thursday, January 28, 2010

PENA : ANALISA MENGENAI "KALIMAH ALLAH"

Penulis terpanggil untuk menganilisa / menganilisis mengenai kebenaran menggunakan "KALIMAH ALLAH" di Sabah atau di malaysia akan datang. Bukan niat penulis nak membangkitkan isu yang sensitif ini. Cuma sekadar untuk pengetahuan umum bahayanya isu ini untuk kanak-kanak dimasa akan datang.


Apa sebenarnya motif kristian untuk menggunakan kalimah Allah disetiap gereja? adakah mereka membuat saja-saja? atau nak melihat sejauh mana kepekaan seorang melayu yang bernaung di bawah naungan Islam (bukan di bawah bayu) mengenai perkara ini.

Sesuatu perkara yang hendak dilakukan tanpa bermotifkan sesuatu, itu namanya sia-sia. Adakah sia-sia pihak kristianis ingin menggunakan kalimah Allah di setiap gereja mereka? pasti jawapannya tidak, mereka dah rancang secara terperinci mengenai perkara ini. Dah lama dah mereka rancang Dan rancangan mereka begitu halus sehinggakan tidak dapat terbayang dalam benak kepala kita bagi mereka yang tidak suka berfikir. Kalaulah ada orang mengatakan "ah biarlah, dia dia. aku aku. yang penting sekarang malaysia aman" sekarang mungkin aman kerana kita masih di pimpin oleh orang Islam, tidak mustahil 25 tahun, 50 tahun, 75 tahun atau 100 tahun akan datang Malaysia sudah di rampas oleh anti-anti islam. Siapa yang ada di masa itu kalau bukan anak-anak dan keturunan kita sekarang?

Mari kita tinjau sejauh mana perjalanan kemudharatan KALIMAH ALLAH ini mengikut kefahaman kanak-kanak.

Dari dulu sampai sekarang, kanak-kanak tahu bahawa Allah itu adalah tuhan kepada orang Islam. Dan yesus itu adalah tuhan kepada orang kristian. Kalau kefahaman Allah ini diserap kepada kanak-kanak, maka ada percanggahan pendapat dan kefahaman dalam benak fikiran kanak-kanak islam dan kanak-kanak dari keluarga kristian (tiada kanak-kanak yang belum akhil baligh beragama kristian, so penulis lebih suka mengatakan dari keluarga kristian).

Bukankah suatu hari nanti, bila kanak-kanak dari keluarga islam ini berjumpa dan berkawan dengan kanak-kanak dari keluarga kristian akan mengelirukan kanak-kanak dari pihak islam ini mengenai cara kehidupan, pemakanan, pakaian dan banyak lagi. Tidak mustahil kanak-kanak dari pihak islam ini akan bertanya kepada ibu bapanya.

"Mak, kenapa kawan alif (dari keluarga kristian) boleh berskirt pendek, berseluar pendek, buat ini dan buat itu. Bukankah tuhan kita dengan tuhan kawan alif itu adalah sama iaitu ALLAH?"

itu kalau dia bertanya, kalau dia tak bertanya tetapi mengikut kefahaman dia sendiri bagaimana? bukankah akan merosakkan aqidah dia? oleh itu, ibu bapa harus peka dengan pendidikan anak-anak dari pra sekolah lagi. Ibu bapa harus mainkan peranan dan pandai memilih pra sekolah mana yang hendak di masukkan anak-anak tersebut.

ramai orang yang penulis lihat, ibu bapa bangga dapat menghantar anak-anak (pra sekolah) ke sekolah yang boleh di katakan 5% sahaja ajaran agama islamnya. bagus kalau 5%, kalau sama sekali tiada? mau jadi apa kanak-kanak itu nanti? dengan pakaian yang berskirt pendek, mungkin bagi ibu bapa, semua tuh belum kira dosa dan pahala. Tapi, bila lagi hendak kanak-kanak itu membiasakan diri? tunggu sehingga mereka sudah berani melawan kata ibu bapa? so, ambillah kesempatan di masa pra sekolah ini untuk mendidik dan membiasakan diri anak2 menutup aurat. Tidak dinafikan juga, dari segi miterialnya, sekolah2 sebegitu nampak mewah, so.. terserlah kemewahan ibu bapa dengan kemewahan sekolah tersebut. Mungkin sekolah yang banyak ilmu agama itu dhaif dari segi meterial. tapi bukan dari ukhwah dan ketauhidan mereka. So, ibu bapa harus berfikir mana yang lebih penting, METERIAL atau ILMU AGAMA?

tidakkah ibu bapa suka melihat anak-anak mereka berpakaian sebegini?

Mari kita renungkan Sabda Nabi Besar Kita Muhammad S.A.W yang bermaksud

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).


** tiada niat nak mempromosikan mana-mana pra sekolah. hanya sekadar berkongsi

2 comments:

Anonymous said...

memang bodoh la kamu semua... pasal ini poon nak dibesarkan sangat.... slahkan diri sendiri jika nilai rohaniah dah jatuh... sape tak pandai jaga?diri sendiri laa..... nak tinggikan agama masing2 bukan dengan cara menjaga nama( Allah ke apa lantak koghang la) tetapi melalui teladan.... apa nak kecoh sangat .... negara orang lain boleh melalui hal itu sejak sekian lamanya (contoh nya Indonesia -guna Allah- , India -guna Eli-) kita duduk kat malaysia pula nak memperjuangkan nama ini... wat malu saja.... Adakah perkataan Allah itu dicipta oleh umat islam? sedangkan telah lama wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w? tiada sebaramg peraturan yang menetapkan perkataan Allah adalah di bawah penggunaan umatislam sahaja...

zaleha bte awang said...

org yang memberi komen diatas beragama islam atau kristian? kalau beragama islamanda perlu belajar banyak lagi...kalau kristian lantak kaorang la..sbb awak bercakap atas dasar tak faham agama

Post a Comment