JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya menerima 25 laporan di seluruh negeri terhadap penulis blog berkenaan.
"Kita sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan.
"Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru," katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengutuk sekeras-kerasnya sikap tidak bertanggungjawab penulis blog terbabit yang secara terang-terangan menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor.
"Sebarang bentuk provokasi termasuk dalam bentuk tulisan blog dengan tujuan menghina Institusi Kesultanan Diraja Melayu harus ditangani segera. Sikap biadap terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat," katanya.
Sementara itu, Pemuda Umno Johor mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon, berkata beliau dimaklumkan mengenai kata-kata berunsur penghinaan dan penderhakaan terhadap baginda oleh penulis blog dikenali sebagai Aduka Taruna, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.
Beliau berkata, melalui laman blog www.adukataruna.blogspot.com, penulis itu menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor dan kerajaan negeri yang disifatkannya bodoh.
Katanya, walaupun penulis blog itu sudah meminta maaf kepada istana serta seluruh rakyat Johor menerusi blognya, Pemuda Umno Johor masih kesal dengan tindakan penulis itu yang mencerca Almarhum.
Kredit : berita harian
HARI PERTAMA: ROMBONGAN KE DATA SCIENCE AND DIGITAL LEADERSHIP KELOLAAN
CIVIL SERVICE COLLEGE LONDON
-
Alhamdulillah pagi ini bersamaa rombongan seramai 10 orang bertolak
daripada KLIA bertolak ke Heathrow Airport untuk mengikuti Data Science And
Digital Lea...
3 months ago
0 comments:
Post a Comment