INGIN MENGIRIM ARTIKEL? TAK TAHU NAK LUAH DEKAT MANA? Pihak Belia Usia Bahagian Sandakan berbesar hati jika anda dapat mengirim artikel anda mengenai program-program yang berlangsung di kawasan anda terutama di daerah sandakan (kampung sim-sim, karamunting, kampung air, batu putih, tinosa, merpati, bandar indah, sri taman, kampung gum-gum dan banyak lagi) dan di seluruh malaysia amnya. Kirimkan program-program yang berlangsung di kampung anda. ke e-mail :

beliausiasdk@gmail.com
dan pihak belia usia sandakan akan menyemak dan menyunting artikel anda bagi langkah-langkah keselamatan sebelum di paparkan.


PAPARAN MENARIK MENGGUNAKAN IE V8+ / MOZILLA FIREFOX





Pihak belia usia bahagian sandakan amat berbesar hati jika anda dapat join dalam group facebook belia usia.

ini untuk memudahkan lagi perhubungan ahli dalam memartabatkan syariah dalam DUNIA IT ini.

Search dalan enjin pencarian facebook : belia usia bahagian sandakan


terima kasih.

Tuesday, December 9, 2008

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Read More......

Tuesday, November 25, 2008

Cawangan-cawangan USIA

Maklumat Cawangan USIA


USIA Bahagian Kota Kinabalu

USIA Bahagian Beluran /Labuk
USIA Bahagian Penampang

USIA Bahagian Beaufort
USIA Bahagian Tuaran

USIA Bahagian Kunak
USIA Bahagian Tenom USIA Bahagian Kuala Penyu
USIA Bahagian Papar USIA Bahagian Pensiangan
USIA Bahagian Ranau USIA Bahagian Tambunan
USIA Bahagian Tawau USIA Bahagian Semporna
USIA Bahagian Keningau USIA Bahagian Sipitang
USIA Bahagian Kota Marudu USIA Bahagian Sandakan
USIA Bahagian Lahad Datu USIA Bahagian Kudat
USIA Bahagian W.P. Labuan USIA Bahagian Kinabatangan
USIA Bahagian Kota Belud

Read More......

Sejarah USIA Negeri sabah

Dalam tahun 1950 hingga awal tahun 1960, beberapa persatuan Islam telah ditubuhkan di negeri Sabah. Persatuan-persatuan Islam yang ada ketika itu ialah Persatuan Islam Putatan yang dipimpin oleh Imam Ahmad Mus Haji Ismail, Persatuan Islam Sabah, diketuai oleh Tuan Haji Yusof Shamsuddin dan Persatuan Islam Tawau, diketuai oleh OKK Zainal Kerahu.

Pada tahun 1961, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah telah mengambil inisiatif menjemput YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun bagi mempengerusikan satu Majlis Perbincangan yang diadakan di kediaman Tuan Haji Yusof Shamsudin di Kg. Sembulan Baru, bertujuan untuk mendapat kata sepakat bagi menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara supaya menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat. Namun rancangan ini tergendala seketika kerana proses pembentukan Malaysia sedang berjalan rancak pada waktu yang sama di mana YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sendiri terlibat secara aktif.

Keputusan masyarakat Islam Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran bahawa bilangan umat Islam di negeri ini jauh lebih kecil berbanding bilangan non-muslim. Oleh yang demikian, gabungan tersebut memberikan keyakinan kepada umat Islam di Sabah bahawa nasib mereka pada masa akan datang mendapat jaminan dan perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.

Tahun 1969, YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mengundang 3 persatuan tersebut dan susulannya membentuk Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kongres tersebut berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969 (Ibu Pejabat awal hanya sebuah kedai di Kg. Air, Kota Kinabalu). Perasmian bangunan 4 tingkat Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, pada 30 Julai 1972, bersamaan 19 Jamadil Akhir 1392H.

Read More......