INGIN MENGIRIM ARTIKEL? TAK TAHU NAK LUAH DEKAT MANA? Pihak Belia Usia Bahagian Sandakan berbesar hati jika anda dapat mengirim artikel anda mengenai program-program yang berlangsung di kawasan anda terutama di daerah sandakan (kampung sim-sim, karamunting, kampung air, batu putih, tinosa, merpati, bandar indah, sri taman, kampung gum-gum dan banyak lagi) dan di seluruh malaysia amnya. Kirimkan program-program yang berlangsung di kampung anda. ke e-mail :

beliausiasdk@gmail.com
dan pihak belia usia sandakan akan menyemak dan menyunting artikel anda bagi langkah-langkah keselamatan sebelum di paparkan.


PAPARAN MENARIK MENGGUNAKAN IE V8+ / MOZILLA FIREFOX





Pihak belia usia bahagian sandakan amat berbesar hati jika anda dapat join dalam group facebook belia usia.

ini untuk memudahkan lagi perhubungan ahli dalam memartabatkan syariah dalam DUNIA IT ini.

Search dalan enjin pencarian facebook : belia usia bahagian sandakan


terima kasih.

Thursday, August 5, 2010

Utusan Malaysia

ARKIB : 20/07/2010

Jadikan Rasulullah ikon sepanjang zaman

SANDAKAN 19 Julai - Golongan belia Islam di negeri ini perlu menghindarkan diri daripada terikut dengan budaya negatif artis-artis Barat sebaliknya menjadikan Rasulullah sebagai ikon sepanjang zaman.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, justeru itu perwatakan Rasulullah perlu diikuti setiap masa, tidak terhad ketika sambutan program keislaman semata-mata.

"Dalam keadaan dan kedudukan manapun, Rasullullah menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia.

"Dari sekalian perwatakan Rasulullah yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingan dan harus diikuti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Kembara Cinta Rasul 2010 di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ehsan di sini hari ini.

Turut hadir, Imam Daerah Sandakan Rafaeah Zulqarnain Md. Enarji dan Pengarah Program, Sariwadi Ahmat.

Dalam pada itu Abdul Hakim berkata, golongan belia tidak harus meminggirkan pendidikan agama dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

"Tanpa pendidikan dan kemantapan akidah, kaum belia akan ketinggalan dan tersasar kepada pelbagai elemen negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.

"Jadi kepentingan pendidikan akademik dan agama perlu seimbang bagi membolehkan mereka bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat kelak," katanya.

Sementara itu beliau berkata, usaha membangunkan golongan belia memerlukan komitmen semua pihak tanpa bersandar kepada kerajaan semata-mata.

Justeru katanya, semua persatuan belia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan proaktif melaksanakan pelbagai program yang dapat membina peribadi mulia golongan belia.

0 comments:

Post a Comment